Tuesday, 5 June 2012

【Kuching,Sarawak】

Gunung Santubong,Sarawak



Cultural Village,Sarawak
 
Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan dan pesonanya yang tersendiri. Sekiranya ke Kuching Sarawak, jangan lupa berkunjung ke pasar malam Satok yang menjual pelbagai jenis barangan daripada pakaian, kain batik, permainan, cendera hati sehinggalah makanan. Pasar ini dibuka bermula pada petang Sabtu sehingga tengah hari Ahad. Di samping pasar tersebut, di Kuching, terdapat juga Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Di sana, dengan bayaran RM 3, pelawat boleh merasai pengalaman memberi makan orag utan dan melihat sendiri kehidupan semula jadi orang utan. Terdapat juga kampong budaya Sarawak yang unik dengan kebudayaan, kesenian, makanan dan tempat tinggal yang memberikan banyak kelainan khas untuk pengunjung.

No comments:

Post a Comment